Sunday, October 18, 2015

Communication for Behaviourial Impact - COMBI

APA ITU COMBI

COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact . Program yang di asaskan oleh World Health Organization(WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.
COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih.
Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
  • Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi
    (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy)
  • Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)
  • Pengiklanan (Advertising)
  • Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal
    (Personal Selling / Interpersonal Communication)
  • Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)
OBJEKTIF
Matlamat COMBI ialah untuk;
  • Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
  • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.
  • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.

KUMPULAN SASAR
Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:

Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;
  • Wabak berulang,
  • Wabak tidak terkawal atau
  • Lokaliti wabak
  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes
  • Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi
  • Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI

KENALI DEMAM DENGGI

APA ITU DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

DEMAM DENGGI BERDARAH
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.


Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Ceramah Denggi dan Gotong Royong Sempena Hari Sukan Negara


Bersempena Hari Sukan Negara pada 10 Oktober yang lalu. SKKS telah mengadakan Ceramah denggi dan gotong royong perdana membersihkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan sekolah. Skuad Patrol Denggi memasukkan ABET iaitu ubat bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik ke dalam.tempat takungan air dan tangki flush